Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 5 Julai 2011

TAT BENTUK BUAH-BUAHAN DALAM KENANGAN

hasil kerja tanganku

Kalau dikenang-kenang memang sakit hati ini...tapi bila di fikir kembali mungkin yang salahnya dari aku juga........aku yang terlalu teruja dan tanpa berfikir panjang dan bertanyakan kepada sesiapa lagi aku terus setuju dan.....terjadilah peristiwa ini........

Dari jauh aku datang, sanggup aku tinggalkan anak-anakku di rumah ibuku di kampung, kebetulan ketika itu cuti sekolah dan suamiku berkursus di Johor.....dan sanggupnya anak saudara ku mengambil aku dari rumah ku diKLIA ke rumah ibuku di Sg Pelek Sepang dan sesubuh sapie menghantar aku pula dari Sg Pelek Sepang ke stesen komuter Nilai. Dari Nilai aku berkelana hingga ke port klang....dan disitu aku menimba ilmu dengan berbayar RM500.00 saya ulangi rm500.00..........bagi aku yang tidak berkerja dan hanya mengharapkan duit suami serta duit tempahan kuih-muih ku rm500.00 itu BESAR nilainya....

Seusai ku belajar...ku berkelana lagi pulang ke Sg Pelek Sepang sampai dirumah ibuku jam menunjukkan pukul 10.30 malam......dalam fikiran aku berbaloikah ape yang aku lalui hari ini......hanya Tuhan, aku dan insan yang memberi ilmu itu sahaja yang tahu...... dan "insan yang memberi ilmu" itu sahaja yang tahu "wajarkah ape yang telah dia lakukan padaku'......




cuba teka mana satu tangan aku....



di atas ni hasil kerja tangan insan yang mengajar 
Namun aku bersyukur dan berterima kasih dengan ilmu yang telah diperoleh...mudah-mudahan aku boleh mefaatkan ilmu itu dan memperoleh lebih dari RM500.00 itu...doakan aku wahai teman......amin.........


100GM GULA ICING
400GM TEPUNG GANDUM
100GM TEPUNG JAGUNG
1/2 SUDU MAKAN VANILLA
1 BIJI KUNING TELUR
250GM BUTTER
1/2 SUDU MAKAN PERASA (IKUT BENTUK BUAH...)
UNTUK TANGKAI KAMI GUNA BUAH KUNDUR YANG DIPOTONG IKUT SAIZ TAT BUAH

6 ulasan:

  1. awa promote dalam FB la pada kawan2 kot2 ramai yg berkenan...

    BalasPadam
  2. salam.. akk blh emailkan no fon akk kat email sye nieynarieyna@yahoo.com

    BalasPadam
  3. Cmna blh nmpak kilat cm2..cntik,

    BalasPadam
  4. Salam..sy kb, nak tanye..sy buat tart ni tapi lepas masak die merekah...nape ye

    BalasPadam
  5. InsyaAllah, nanti saya cuba ye mayang mengurai.

    Hanisahhaidrus nak beri kilat kena campur pewrna tu ngan kuning telur.

    My love skin kalau tak nak merekh, seleps bubuh warna kt cookies tu bakar sekejap je dlm 2 @ 3 minit je jgn lama2.

    BalasPadam
  6. Boleh tanya, kenapa sakit hati tu, tapi hasilnya dah cantik

    BalasPadam