Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 13 April 2012

SAMBUNGAN CERITA TENTANG MY APAM PURI

ASSALLAMMUALAIKUM..... minta maaflah pada semua yang melawat my blog ni ye....lama betul awa tak update... bukan ape, ni semua dek kerana pindah randah masuk ke dalam kuarters MTPDRM ....tu yang lepas cerita apam puri awa terus senyap sunyi.......

OK hari ni awa tunaikan janji nak tulis resepi apam puri tu ye.....

2 cawan tepung gandum
2 biji telur ayam
2 cawan air suam-suam kuku
2 sudu kecil mauripan
2 sudu besar gula pasir
pewarna pilihan hati
4 sudu kecil eno biru

intinya...terpulang nak bubuh inti ape....kacang tumbuk ngan gula, kacang merah, strawberi, blueberry, kaya, jagung krim, inti kelapa dan 1001 macam inti lagi....


1) satukan gula dengan mauripan, masukkan 1 cawan air suam dan godak hingga sebati

2) dalam bekas lain masukkan tepung, telur, pewarna dan 1 cawan air lagi

satukan adunan (1) dan (2) - gaul hingga tidak bergentel

biarkan sebentar sehingga berbuih2

masukkan eno dan kacau rata-rata

biarkan adunan dalam 15minit

masak 1 senduk kecil adunan menggunakan kuali leper seperti kita nak buat lempeng tu tapi jangan ratakan biar beberapa ketika hingga masak, angkat bubuh inti dan terus terap menggunakan acuan karipap.....(kena panas-panas nak ketap sebab kalau sejuk nanti dia tak nak melekat...)




**** bila kita dah buat beberapa kali baru kita dapat agak berapa banyak adunan yang kita kena masak atas kuali agar dapat ngam-ngam besar acuan karipap so taklah banyak membazir nanti....*****

SELAMAT MENCUBA...lepas ni ntah bila lagi kita boleh berjumpa ye......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan