Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 30 Oktober 2011

KEK CHOCOLATE MOIST

ni bekas beli taufufa yg rm2 tu



1 cawan serbuk koko (100gm)
1 1/4 cawan gula pasir (250gm)
1 tin susu cair
1 cawan minyak masak (200gm)
1 1/4cawan susu pekat manis (250gm)

semua bahan diatas di satukan dan dimasak di atas api sebentar...sehingga nampak buih sedikit...matikan api

4 biji telur
1 sudu kecil soda bikabonat
1 sudu kecil serbuk penaik
1 1/2 cawan tepung gandum (150gm)

- masukkan bahan diatas ini kedalam adunan yg telah dimasak sebentar tadi
- kacau sebati menggunakan wisk

- panaskan kukus sehingga mendidih
- masukkan adunan kedalam acuan (tak kisahlah acuan apepun)
- kukus selama 1 jam

TOPPING

200ml whiping cream
300 gm chocolate masakan
1 sudu besar mentega

- masak menggunakan double boiler dan gaul menggunakan wisk sehingga berkilat
- sejukkan dulu kek dan topping ni barulah boleh sapu
- hias ikut suka...kalau tak hias pun tak ape...boleh je terus makan......

satulagi cara buat topping kalau tak de whipping cream

1 tin susu pekat manis
1 sudu kecil vanilla
1/2 cawan minyak jagung
1/3 cawan serbuk koko
sedikit garam

masak atas api perlahan sehingga sebati
tuang ke atas kek tadi


Khamis, 27 Oktober 2011

APAM GULA MERAH



fuuuyooo...lawanye die.....tak sangka lak boleh tambun camni jadinya...first time buat ni...hubby ngan anak2 kate sedap...macam makan apam cendol......(laaaaa puuullaak)
(abaikan karipap kat belakang tu)

140gm gula merah
50gm air

4 biji telur
200gm gula
320gm tepung gandum
8gm soda bikabonat
400ml santan pekat

cairkan gula merah + air atas api sebentar

  1. pukul telur + gula = hingga gebu
  2. masukkan tepung + soda bikabonat = gaul
  3. tuang santan + air gula merah = adun sebati
  4. sapu sedikit minyak masak dalam acuan yg hendak digunakan
  5. tuang adunan kedalam acuan = rehatkan 20min
  6. dalam pada tu panaskan air kukus hingga mendidih
  7. kukus selama 15-20minit


APAM PURI

inti kacang merah

inti kacang tumbuk

inti cream jagung

 

Awa tak pasti ape nama sebenarnya kuih ini tapi yang pasti awa suka makan....dan bila awa jual...memang bebudak suke....

ade bebanyak inti kita boleh bubuh dan ade macam warna kita boleh letak tapi ntah kenapa awa suke warna kuning ngan inti kacang merah dan kacang tanah tumbuk + gula...ni...

punyalah susah awa cari resepi ni...turun naik gunung nak cari gua kut-kut ade tok guru yang nak ajar...

last2 awa buat muka tak malu panjat bukit pasir kat muar ni nak minta ilmu dari kak jun...

dia pun peniaga kuih tepi jalan cam awa jugak sebab tu rasenye dia tau perasaan awa bila mana awa ucap terima kasih yang tak terhingga mase tamat latihan 44 malam 44 siang dengan dia tempohari...


nanti awa taipkan resepinya...

Rabu, 26 Oktober 2011

APAM NASI SEJUK




sebelum ni saya buat lagi tembam2 tp kakak yg saya tumpang jual kuih tu kata besar sangat tak padan dengan harga so saya pun cubalah kecikkan sedikit walau sebenarnya hati saya tak puas tengok hasilnya. 
sepatutnya kalau kita isi penuh2 acuan ni kita akan dapat hasil yg lebih tembam @ tambun

BAHAN A
1 CAWAN TEPUNG GANDUM
3 CAWAN TEPUNG BERAS
1 1/2 CAWAN GULA PASIR
1 PEKET MAURIPAN

BAHAN B
3 CAWAN AIR
2 CAWAN NASI SEJUK

XTRA
KELAPA PARUT JANGAN LUPA

- Nasi + air - blend sampai hancur

- satukan semua bahan A dan bahan B = gaul sebati hingga tak bergentel
- Biarkan 1 jam

SAMBIL MENUNGGU 1 JAM TU...
- susun acuan kedalam kukus dan sapukan sedikit aje minyak masak di setiap acuan
- panaskan air kukus hingga menggelegak

- Dah cukup 1 jam....godak adunan sedkit dan tuang kedalam acuan
- kukus dalam 20 minit
- Keluarkan dari acuan...kalau nak makan boleh cicah kelapa parut...tp kalau tak cicah kelapa pun dah sodap......

Ahad, 23 Oktober 2011

SERIMUKA DAN KEK GULA HANGUS

<><>
Ni kek gula hangus versi kukus 1/2 adunan sebab tu rendah je- berbezaan teksturnya amat ketara dengan kek gula hangus yg di bakar...resepinya ade saya sertakan dientry yg sebelum ini...


resepi serimuka juga dah saya sertakan di entry yg sebelumnya....

APAM CHOCOLATE



4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak (kalau guna minyak masak cap pisau lagi sedap sebab ade rase kacang2 nanti apam itu...bagi yg suke kan rasa kacang itulaa...)
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan koko powder
1 sudu teh soda bikabonat
1 sudu teh baking powder
1 cawan air panas

  1. panaskan air kukus
  2. pukul gula, telur hingga sebati
  3. masukkan susu pekat manis dan minyak masak
  4. masukkan tepung yang sudah di ayak bersama koko powder, soda bikabonat dan baking powder
  5. gaul sebati dan masukkan air panas- gaul laju sedikit
  6. apabila sudah sebati tuangkan adunan kedalam acuan dan terus kukus selama 20minit

KARIPAP.....KARIPAP CINTA


karipap ni fresh lagi....aku buat di muar...kat sini terpaksa buat comel2 sikit sebab harganya tidak mengizinkan.....

selepas menjadi doh, cubit2 doh mencadi kecil untuk senang menggelek

gelek menggunakan roller

bubuhlah inti banyak mana yang anda suka

tara....dah jadi....

tinggal tunggu dogoreng je...
meh kita layan resepinya....walau nampak remeh tapi kalau pandai mengatur agendanya akan jadi mudah
mula2 kita mesti buat inti dulu sebab dia perlu disejukkan

inti
10 biji kentang
2 biji bawang besar
6 biji bawang putih
segenggam ikan bilis
seketul kiub ayam/daging/ikan bilis
sedikit garam
3 sudu gula
4 sudu rempah kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
sedikit daun sup di cincang
sedikit minyak untuk menumis

  1. kisar bawang besar, bawang putih dan ikan bilis
  2. panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar
  3. setelah sedikit garing masukkan kiub, garam, gula dan bancuhan rempah kari
  4. tumis sebentar dan masukkan kentang dan gaul sebatikan (mase ni kena suai rasekan same ada nak tambah garam ke gule ke atau perasa ke)
  5. pas tu masukkan air separas kentang tadi
  6. renehkan dengan api yg sedikit perlahan
  7. pastikan selalau di gaul agar tidak hangus di bahagian bawah nya
  8. setelah air kering dan kentang lembut masukkan daun sup dan tutup api
  9. gaul daun sup rata dan biarkan inti sejuk


lepas tu baru boleh buat pastry

pastry
700gm tepung gandum
(boleh menghasilkan lebih kurang 50biji karipap dlm saiz sederhana)
1 cawan minyak/mentega
2 cawan air
sedikit garam
  1. larutkan garam didalam 2 cawan air
  2. panaskan 1 cawan minyak/mentega
  3. buat kawah ditengah2 tepung lalu tuangkan minyak/mentega panas tadi (hati2 nanti kena tangan)
  4. gaul tepung perlahan sambil menuang air bercampur garam sedikit demi sedikit supaya tidak terlembik kerana kekadang lain brand tepung lain jumlah airnya...
  5. mula2 memang adunan melekit sikit tapi bila dah sebati adunan akan cantik kalis dari tangan dan bekas mengadun
  6. buat bulat kecil2 dan gelek agak2 nipis dan letak di acuan
  7. ambil sedikit inti dan bubuh keatas pastry tadi
  8. ketapkan kuat sedikit
  9. klimkan kembali agar pastry tidak terbuka ketika menggoreng nanti
  10.  Goreng hingga kekuningan....

Rabu, 19 Oktober 2011

DONAT DAN PAU SAMBAL


 donat gebus......versi tradisional....


ni tempahan dari pelanggan berbangsa cina....dia kate "harga tak kisah ma...tapi itu resepi jangan tukar ooo..."

ni yg reject sikit...untuk diberikan kepada jiran sebelah rumah sebab anak2 doh tok sei nak makan lagi doh...


1kg tepung gandum
1 cawan susu tepung
2 sudu butter
2 sudu sortening
2 sudu mauripan
8 sudu gula pasir
sedikit garam
3 cawan air

gula kastor untuk donat
sambal cili kering untuk pau sambal

- satukan mauripan ngan gula dalam satu cawan air, kacau dan biarkan berbuih
- sambil tu satukan tepung ngan susu tepung, butter dan sortening
- masukkan air yg bercampur mauripan tadi gaul sambil tuang sedikit2 2 cawan lagi air bercampur garam
- bila doh dah tak melekat di tangan dan di bekas bolehlah dicanai dan diterap menggunakan acuan donat
- biarkan kembang dalam 20 minit barulah digoreng menggunakan api yg kecil...jgn kecl sangat nanti serap minyak dan jgn besar sangat nanti hangus dalam tak masak....agak donat tu berbuih mase proses menggoreng sedang eloklah api tu...
- bila dah angkat tapis sekejap je pas tu terus masuk dalam bekas dan tabur gula...tampi2 sikit biar gula tu rata
- kalau pau sambal tunggu suam2 kuku barulah boleh di potong dan di bubuh sambal.....



kisah ini akan bersambung............

KUIH TELUR KATAK aka KUIH BIJI SAGU



3 cawan air paip
3/4 cawan gula
2 sudu besar sirap ros
(sesape yg tak suke bau wangi sirap ros ni bolehlah tukar kepada pewarna yg anda suke...tapi bubuh sikit2 dulu...tengok kepekatan warnanya...sebab saya tak pernah guna pewarna)
1 cawan biji sagu

- 1/2 biji kelapa parut - ambil yg putih je gaul dgn sedikit garam dan kukus sebentar (letakkan sehelai daun pandan diatas kelapa tersebut)

- masukkan air paip kedalam periuk bersama gula dan sirap ros
- bila dah mendidih dan gula cair masukkan biji sagu (jangan cuba sesekali basuh sagu)
- kacau hingga biji sagu sedikit jernih dan air sedikit likat
- matikan api dan senduk adunan kedalam acuan
- kukus dalam 20 minit
- bila dah masak biarkan sejuk betul baru cantik untuk dikeluarkan dan di golek2kan dengan kelapa parut putih

SILAKAN MENCUBA

KUIH LOMPANG AKA KUIH KASUI


hasil google kat blog kengkawan...tak ingat name kawan tu...nanti saya tengok lagi..pas tu saya beritahu ye...
gambar kat atas saya buat dua adunan dari resepi kat bawah tu....baru 1st time buat dah ada org tempah...macam confiden je menjadi tapi alhamdulillah.....tu la yg dinamakan rezeki.....

1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar air kapur masak
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2 1/2 cawan air

- 1/2 biji kelapa parut putih digaul dengan sedikit garam....kukus sebentar bersama sehelai daun pandan (ini untuk memanjangkan hayat kelapa parut tersebut..kalau tak kukus nanti cepat basi...)

- panaskan 1 cawan air dicampur dengan gula pasir dan gula merah beserta sehelai daun pandan
- apabila sudah memdidih (jgn lama2) tutup api dan biarkan sejuk
- campur tepung beras dan tepung ubi dengan 1 1/2 cawan air dan gaul sebati
- masukkan air kapur masak dan gaul sebentar
- masukkan air gula yang telah sejuk tadi
- gaul sebati lalu ditapis
- panaskan air kukus beserta acuan lompang
- apabila telah panas, ambil acuan lompang bubuh sedikitttt minyak masak dan tuang adunan kedalam acuan
- kukus adunan (kalau 1 adunan dlm 20 minit kalau 2 adunan dlm 30 minit)
- setelah masak, buka tutup kukus (jgn pula terkejut sebab rupa kuih lompang mase tu memang tak cantik)...biarkan betul2 sejuk
- keluarkan dari acuan dan bubuh kelapa parut putih


SIAPPPP...

Selasa, 18 Oktober 2011

KUIH LAPIS


Ni awa buat setengah adunan aje....kalau ikut adunan yg ade kat bawah ni kena guna loyang 9"x9" dan lapisannya lagi tebal...

2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung beras
2-3 sudu tepung ubi
8 cawan santan kelapa
3/4 cawan gula

- Panaskan kukus
- Loyang yang hendak digunakan dialaskan plastik supaya senang untuk mengeluarkan kuih nanti
- Blend semua bahan sehingga sebati
- Tapis adunan
- bahagikan kepada dua bahagian (saya guna mangkuk taufufa yang kecil untuk membahagikan adunan...macam dlm cerita nujum pak belalang...satu untuk putih satu untuk pink...sehingga habis....3 mangkuk untuk putih 4 mangkuk untuk pink)
- warnakan ikut suka.....
- apabila air kukus dah mendidih mulakan melapis dengan lapisan pink dahulu....kukus selama 5 minit,
- lepas tu baru lapisan putih....setiap kali angkat tutup kukus...lapkan tutup itu agar tidak ada air yg menitik atau alas tutup periuk ngan kain yang menyerap air
- apabila sudah melapis lapisan terakhir...kukus selama 30 minit
- tutup api dan buka penutup kukus....biarkan kuih betul2 sejuk baru boleh dikeluarkan dari loyang dan dipotong.....
- nikmatinya dengan penuh perasaan....................selamat mencuba............ 

Isnin, 17 Oktober 2011

AKU SI PENJUAL KUIH

Awa : "Mak...mak menyesal tak sekolahkan awa tinggi2 tapi last2 awa jadi penjual kuih je....?"

Mak : "Ape mak nak menyesal pulak...mak sekolahkan adik tinggi2, itu tanggungjawab mak...cita2 mak, nak adik jadi cikgu...adik dah jadi cikgu....ape lagi yg mak nak harapkan dari adik, hanya kesejahteraan dan kebahagiaan adik selamanya...."

(ni gambar aku ngan mak...mase ni aku berumur 8 tahun dan mak aku 32tahun....mak aku dah menajadi janda beranak 6 ketika berumur 25 tahun...kalau sekarang umur tu baru nak kawin kan....)
Awa : "Terima kasih mak...."

Ye...aku pernah jadi cikgu....di AMPANG BOYS SCHOOL, JALAN AMPANG

(ni mase menyaksikan persembahan murid2 sempena hari guru..kat mane agaknye cikgu rogiyah, cikgu siti, ustazah misnah sekarang ni ye....)






LEPAS TU AKU JADI KERANI CABUK KAT CAPITAL INSURANCE JALAN AMPANG

(ni kawan aku Ranita name dia..dah meninggal ketika berumur awal 30an kerana barah payudara...so jgn ingat penyakit ni menyerang umur 40an aje..so same2lah kita menjaga pemakanan dan kualiti hidup ye)





LEPAS TU AKU KERJA KAT HONG LEONG FINANCE BERHAD KAT JALAN PERAK...JALAN SULTAN ISMAIL...
(mase ni aku pegnen 1st baby tu yg nampak layu je tu...kalau tak aku vouge jugak...hehehe...)








LEPAS TU AKU KERJA KAT RHB JALAN TUN RAZAK

(mase ni tengah sebok berkemas untuk berpindah ke ruangan baru yg lebih cantik dan uptodate....ape khabar agaknya uji, areza, chinye, kak wajiba....mudah2han mereka sihat...)






AKU JUAL AISKRIM MALAYSIA KAT TEPI PADANG...
(apesal gambar ni pulak keluar ni...sebenarnya mase aku jual aiskrim malaysia tu aku tak de camera dan handfhone yg boleh amik gambo so...memang tak ade evidence....hanya dalam memori aku dan mereka yg berkenaan sahaja yg tahu...)
AKU JUAL KUIH RAYA.......

(si aisyah dari dulu sampai sekarang memang suka tolong aku buat biskut...tak di beri merajuk....ingat lagi mase sebelum amik gambar ni dia tak pakai baju...bila cakap nak amik gambar terkocoh2 pakai baju sampaikan yg terbalik2 pun tak pe...yg belakang jadi depan, yg dalam jadi luar...ish..ish..ish)










AKU JUAL MUFFIN NGAN COKLAT TUK ORG KAWIN....



(ni kekawan yg tolong aku wat muffin masa kat KLIA, haaa..aku?..aku yg tukang amik gambo leee..tu yg tak de dlm pic ni..)

 
AKU PERNAH JADI TUKANG GAJI DI SEBUAH RUMAH CIKGU DI BANTING SELANGOR...

(inilah keluarga yang aku pernah tinggal selama beberapa bulan...... maafkan aku seandainya selama kita kenal aku ade berbuat salah...)
















AKU PERNAH KERJA KILANG KAT NILAI....
(kat locker tempat simpan bebarang peribadi...uiii takut mase tu...sunyi je..org cakap ade momok...cecuba renung gambar aku..bukan pade aku tapi pade bebayang putih kat sebelah aku tu.....)

 
DAN KINI AKU ADALAH SI PENJUAL KUIH
(KUIH SARAPAN DAN KUIH RAYA)
(tengok...bekas baldi biru tu...baldi tu....tu la bekas duit kuih aku ngan kak sah nasi lemak...mase ni dah siap2 nak kemas balik...seronok sangat mase tu sbb tempat strategik...tp rezeki aku sekejap je kat situ dah...kena transfer ke muo ni..sekarang aku harusssss mengenali org baru disuasana baru di sini..Muar, Johor Darul Takzim...sampai bila? aku tak pasti bila akan aku berhijrah lagi.)









Kisah hidup ku tidaklah sehebat mana tapi aku telah melalui berbagai pengalaman dan bergaul dengan ramai orang dan aku sememangnya tidak pernah termimpi untuk menjalani hidup seperti ini...ini terjadi adalah kerana dari awal lagi aku telah lari dari cita2 ku sebenarnya.....jadi hidup aku tak ada haluan....gelandangan...apa yang aku pasti segalanya kulalui dengan ikhlas...kucuba lakukan semuanya dengan sepenuh hati......


Selepas ni aku nak upload gambar kuih-muih yang aku jual di waktu pagi beserta resepinya tungguuuuuuuu.......


Selasa, 4 Oktober 2011

SET NASI MINYAK MENCABAR DIRIKU...

Hari ini aku telah mencabar diri ku sendiri....aku memang tak termimpi untuk memasak bende2 ni semua sebelum ni...sebab memang aku takut tak jadi sebab melibatkan kos, waktu dan harga diri (uiii bunyi macam sirius ni...) dan hasilnya secara pribadi...aku sangat berbangga dengan diriku kerana..........aku telah berjaya!!!yeah!!!!......aku berjaya memasak NASI MINYAK, KURMA DAGING, AYAM MASAK MERAH DAN JELATAH..........hidangan yang boleh dapat masa orang buat kenduri kawin je dulu................sekarang dah berleluasa kerana orang dah ramai yang mampu makan kat kedai atau boleh masak sendiri (macam aku....sekarang heee....)

Dulu mak kate kalau tak tahan dengan bahan tumis dan minyak sapi, jangan makan set nasi minyak nanti asyik nak ke toilet je.....memang dulu susah nak dapat makan nasi minyak ni...kalau ada kenduri kawin je..memang belasah cukup2...tak kisahlah lepas tu ke toilet je atau duduk dalam toilet je yang penting makanan ni kat rumah aku memang tak ada waima hari raya sekalipun.........

Sekarang mak....awa dah pandai masak nasi minyak yang tak guna minyak sapi...awa guna minyak jagung ngan butter je.....tapi mak tetap tak leh makan.............sedey sesangat..........mak kata tekak mak dah tak leh terima bende2 aneh macam tu........... kesian mak....... tak pe mak esok kat syurga lebih dari ini pun mak boleh makan...........

omak aiii!!! sampai satu tong ko masak....biar betul....?! Tak laa...tong aje besar...isi dalam ciput je...saje guna tong ni biar nasi tu panas je...
ha...nilah hasilnya...nasi minyak sulong ku....cantikk....
 Ini kuah kurma daging....


 Ini ayam masak merah dalam kuali lagi belum sempat nak letak kacang peas ngan daun sup...(exited sesangat)
 Ini jelatah nenas, timun, bawang ngan cili...belum digaul sebab takut berair sangat bila nak makan nanti....baru gaul....
 TARAAAAAA.....INI AJE YANG SEMPAT DIAMBIL GAMBARNYA SEBAB YANG LAIN DAH DISELAMATKAN KE PERUT TETAMU2 KU (bukan sape anak beranak adik beradik aku je yang makan...merekalah yang jadi pengadil masakan aku ni...)
Aku masak semua ni memang sejibik ikut resepi yang aku ambil dari kakak2 blogger...langsung aku tak tokok tambah....bukan ape...takut nanti bila aku derhaka dengan resepi tu ape yang aku buat tak menjadi....dan nak buktikan yang tuan resepi tu ikhlas beri resepi....teryata....mereka memang superm...terima kasih kakak2 blogger...ilmu kalian akan ku bawa hingga ke hujung nyawa....

SAPE NAK RESEPI ANGKAT TANGAN...!!!!!!

Khamis, 29 September 2011

ICE CREAM!!!!!!!! Laaaa pulakkkk.......

Bende ni kalau bebudak memang berhantu...bukan takat bebudak je mak ngan bapak budak pun tumpang setangan...dua tangan...sekaki...dua kaki....

Kalau dulu...cakap kat mak nak ice cream....mak kate tak leh nanti selsema...batuk...air tak masakla...padahal bende tu mahal....

Sekarang, anak-anak aku dah tak de pantang larangan....sebab mak dia pun hantu ice cream...nak nye sekarang dah pandai buat sendiri....walau tak sesedap ice cream walls dan yang sewaktu dengannya tapi......tetap mabeles...

 dan kalau dimakan dengan roti ataupun letak dalam mangkuk sescope dua...pas tu atas dia tabur serbuk milo bebanyak....omak aiiii......

yang ni yang tak tahan ni...vanilla ngan serbuk milo.......
pas tu ni yang ice cream chocolate ngan chocolate chip....
ni belum keras pun dah mengancam....bukan ape gambar ni nak tunjuk satu adunan ice cream tu dapat banyak ni.....banyak kan....
RESEPINYA SENANG JE....

1/2 TIN SUSU PEKAT MANIS
 1 TIN (GUNA TIN SUSU TADI) AIR SUAM
1 SUDU BASAR OVELATE
1 BIJI TELUR AYAM

BLEND SEMUA SAMPAI KEMBANG DAN BERBUIH
BARU BOLEH MASUKKAN
PERASA.......ESEN VANILLA, SERBUK KOKO KE, STRAWBERY PASTE KE...ATAU IKUT SUKALAH....APE YANG ADE.....

PASTU KALAU NAK LAGI SEDAP....AKU LETAK 200GM COFFE MATE @ APE2 JE JENAMA CREAMER.....

MASUK DALAM BEKAS...AND BEKUKAN KAT FREEZER....psssss jangan buka selalu freezer tu nanti lambat beku...........