Panas lagi apam ni...kalau dah betul2 sejuk lagi nampak cantik....(hari ni melaram guna piring baruuu...english stail tu...)tp kamera tetap cap rambutan... |
gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
- masukkan gula dalam periuk- panaskan hingga hangus (jgn hangus sangat nanti pahit)----tutup api
- masukkan air panas (hati2 nanti kena tangan...kalau takut...guna senduk kuah...panjang sikit tangkainya...)
- hidupkan api - masukkan mentega - kacau hingga sebati --- biarkan sejuk
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
3 sudu besar susu pekat manis
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikabornat
- panaskan kukus
- pukul telur, minyak dan susu - sebati
- masukkan tepung yg telah diayak bersama soda bikabonat
- gaul sebati sehingga tidak bergentel
- tuang kedalam acuan yg ada (guna loyang pun boleh)
- bila air kukus dah menggelegak...kukus adunan selama 20 minit kalau guna loyang lebih sedikit masa mengukusnya, kukus dalam 30-35 minit
Tiada ulasan:
Catat Ulasan