Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 12 Mei 2012

TALAM KELADI



Tidakkah anda terkasima melihat pada rupanya...apetahlah bila dapat menikmatinya.....lemak berkrim... dan aku sememang terpesona pada warnanya, belum lagi rasanya, omak aiii...meleleh... sebab awa memang minat kat purple kare ni....




inilah hasil berkat dari keladi pemberian mak mertuaku...... ku olah mejadi kuih, dan ku persembahkan kepadanya..... bukan nak membodek mak mertuo tau tapi disobabkan mak mertuo den dah tak do gigi tak leh nak makan kerepek so hidangkanlah yang lombut-lombut.....tapi yang ni terlebih warna purple pulak.....maklumlah 1st time buat ni....

mari kita layan resepi nya......

1 biji keladi

** ambil separuh je...dadukan seperti kita dadu kentang nak buat karipap tu...jangan besar2 dadu nanti nak potong tak cantik
** bila dah dadu...kukus sebentar dalam 15 minit
** biarkan sejuk

lapisan bawah yang putih tu....

3 cawan santan
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam

** didihkan air kukus
** godak sehingga tidak bergentel
** satukan keladi yang di kukus tadi - kacau mesra
** kukus dalam 20-30 minit

lapisan atas yang pepel kare tu....

3 cawan santan
1 cawan gula
2 biji telur
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
pewarna unggu (aga-agak lah yo, jgn telobeh pulak acam den...masuk sikit-sikit hingga dapat kepekatan yang di ingini)
1 sudu kecil perasa keladi (jika ade...kalau tak de tak yah leee...)

** kacau semuanya sehingga tidak bergentel
** kacau jangan berhenti di atas api sederhana dalam 5 - 10 minit
** tuang ke atas adunan bawah tadi dan kukus dalam 30-45 minit

** biarkan betul-betul sejuk barulah boleh dipotong



1 ulasan: