Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 23 Oktober 2011

KARIPAP.....KARIPAP CINTA


karipap ni fresh lagi....aku buat di muar...kat sini terpaksa buat comel2 sikit sebab harganya tidak mengizinkan.....

selepas menjadi doh, cubit2 doh mencadi kecil untuk senang menggelek

gelek menggunakan roller

bubuhlah inti banyak mana yang anda suka

tara....dah jadi....

tinggal tunggu dogoreng je...
meh kita layan resepinya....walau nampak remeh tapi kalau pandai mengatur agendanya akan jadi mudah
mula2 kita mesti buat inti dulu sebab dia perlu disejukkan

inti
10 biji kentang
2 biji bawang besar
6 biji bawang putih
segenggam ikan bilis
seketul kiub ayam/daging/ikan bilis
sedikit garam
3 sudu gula
4 sudu rempah kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
sedikit daun sup di cincang
sedikit minyak untuk menumis

  1. kisar bawang besar, bawang putih dan ikan bilis
  2. panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar
  3. setelah sedikit garing masukkan kiub, garam, gula dan bancuhan rempah kari
  4. tumis sebentar dan masukkan kentang dan gaul sebatikan (mase ni kena suai rasekan same ada nak tambah garam ke gule ke atau perasa ke)
  5. pas tu masukkan air separas kentang tadi
  6. renehkan dengan api yg sedikit perlahan
  7. pastikan selalau di gaul agar tidak hangus di bahagian bawah nya
  8. setelah air kering dan kentang lembut masukkan daun sup dan tutup api
  9. gaul daun sup rata dan biarkan inti sejuk


lepas tu baru boleh buat pastry

pastry
700gm tepung gandum
(boleh menghasilkan lebih kurang 50biji karipap dlm saiz sederhana)
1 cawan minyak/mentega
2 cawan air
sedikit garam
  1. larutkan garam didalam 2 cawan air
  2. panaskan 1 cawan minyak/mentega
  3. buat kawah ditengah2 tepung lalu tuangkan minyak/mentega panas tadi (hati2 nanti kena tangan)
  4. gaul tepung perlahan sambil menuang air bercampur garam sedikit demi sedikit supaya tidak terlembik kerana kekadang lain brand tepung lain jumlah airnya...
  5. mula2 memang adunan melekit sikit tapi bila dah sebati adunan akan cantik kalis dari tangan dan bekas mengadun
  6. buat bulat kecil2 dan gelek agak2 nipis dan letak di acuan
  7. ambil sedikit inti dan bubuh keatas pastry tadi
  8. ketapkan kuat sedikit
  9. klimkan kembali agar pastry tidak terbuka ketika menggoreng nanti
  10.  Goreng hingga kekuningan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan