Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 12 Jun 2011

MUFFIN CHOCOLATE

muffin packing dalam dorm cup
Setelah melalui cuti sekolah yang panjang dan penuh dengan aktiviti, tragedi dan kenangan, baru hari ini melepaskan lelah dengan duduk mengupdate blog.......minggu lepas cuba menerima tempahan muffin yang paling ringkas dan sedikit jumlahnya kerana takut tak terbuat dek kerenah si kecil imran yang baru pandai meniarap.......
Yang ini bukan muffin


Saiz muffin ni saiz paper cup no.10
Harga RM0.80 setiap satunya (tidak termasuk kos penghantaran)
Jika ingin menempah bolehlah hubungi saya di talian 017-3215978 @ 019-2187048
Saya berada di Muar, Johor Darul Takzim


Sesiapa yang rajin untuk mencuba buat sendiri bolehlah layan resepi dibawah.....


Muffin Chocolate


2 biji telur ayam saiz B
1 cawan gula
1/2 cawan gula perang
1 cawan minyak masak
1 cawan tepung gandum
80gm (3/4 cawan) serbuk koko
20gm (1/4 cawan) tepung kek
1 cawan susu tepung
1 sudu kecil soda bikabonat
1 sudu kecil baking powder
1 cawan air panas
(Kalau suka boleh masukkan 1/2 cawan serbuk badam atau choclate chip atau apa-apa aje yang teringin nak dimasukkan)


Mix telur dan gula hingga kembang
masukkan minyak gaul sebati
ayak tepung gandum dan tepung kek serta koko, susu, soda bikabonat dan baking powder.
masukkan kedalam adunan telur tadi sedikit sedikit hingga habis
masukkan air panas dan gaul sebati dengan kelajuan sederhana
sudukan kedalam paper cup
bakar 170 celcius selama 20-25 minit @ hingga masak.


SELAMAT MENCUBA TAPI KALAU MALAS NAK BUAT BOLEH ORDER DENGAN SAYA.......UNTUK SEBARANG KERAIAN.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan