Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 21 Jun 2011

KEK GULA HANGUS

Setiap bulan ramadan ketika kami di KLIA kuarters, pabila ke bazar ramadan anak pasti mencari kek gula hangus dan agar-agar cendol.

Dalam hati berdetik untuk cuba membuatnya..........

Dah lama memendam niat itu......

Dan selepas bulan ramadan dan syawal saya ingin mencuba buat kek gula hangus dahulu....

Lalu cube merisik pada kekawan yang tahu dan saya tahu dia terror buat kek ini..

Masa tu kami belum install internet lagi kat rumah........

Resepi telah pun diperolehi dengan mencatat sendiri resepi yang didengar dari mulut siempunya resepi........

Semangat membara dari puncak ingin ke angkasa.....bak kate faizal tahir....untuk mengembirakan hati sianak yang memang minat gila dengan kek ini.........

Tapi sayang seribu kali sayang kek gula hangus tidak menjadi seperti yang diharapkan.....

Tidak putus asa....bertanyakan lagi pada orang lain dan cuba merisik petua2 atau syarat2 untuk membuat kek ini.......

Mencuba lagi dengan harapan berbunga........walaupun dengan petua menggunakan mentega cap tong (yang sekarang telah diharamkan oleh JAKIM) katanya......

Pun tetap kek tu tak menjadi........akhirnya............di internet ini....aku belajar dialam maya ini.......baru menjadi.........terima kasih myresepi..............dan berjaya...........
walaupun tak secantik profesional tapi ini percubaan pertamaku....amat membanggakan (hehehe perasan...).

Selepas ini akan kucuba dan cuba lagi hingga aku mendapat tekstur kek ini seperti yang para pro buat tu.......walau ape pun semua pro-pro tu guna resepi yang sama seperti ku (setelah ku survey di setiap blog) mungkin ade petua lagi yang aku belum jumpa....akan ku gali bak kate kak ogy......

RESEPI KEK GULA HANGUS (ada 2 resepi.....dua-dua pun menjadi)

RESEPI 1

1 1/2 cawan gula pasir
2 cawan air panas
4 sudu besar mentega
- masukkan gula dalam periuk dan godak dengan api perlahan
- bila sudah cair dan hangus kekuningan padamkan api
- masukkan air panas tadi (BERHATI-HATI KERANA GULA AKAN MEMERCIK BILA TERKENA AIR)
- hidupkan api kembali dan godak hingga gula dan air sebati
- masukkan mentega dan tutup api

8 biji telur
1 tin susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar soda bikabonat

- ayak tepung bersama soda bikabonat
- mix telur dan susu hingga sebati
- masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikabonat tadi
- gaul sebati dan masukkan adunan gula hangus yang telah sejuk
- gaul sebati dan biarkan selama 3 jam dengan bertutup rapat
- setelah 3 jam, masukkan adunan kedalam acuan berlubang yang telah disapu mentega dan tepung tanpa digodak lagi
- bakar dalam 45 minit 160 celcius
gula hangus, sory tak jelas sebab berasap lagi...

RESEPI 2

1 1/2 cawan gula pasir
2 cawan air panas
4 sudu besar mentega
- masukkan gula dalam periuk dan godak dengan api perlahan
- bila sudah cair dan hangus kekuningan padamkan api
- masukkan air panas tadi (BERHATI-HATI KERANA GULA AKAN MEMERCIK BILA TERKENA AIR)
- hidupkan api kembali dan godak hingga gula dan air sebati
- masukkan mentega dan tutup api

5 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
200gm @ 1 cawan susu cair
1 sudu besar soda bikabonat

- ayak tepung bersama soda bikabonat
- mix telur dan gula hingga sebati
- masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikabonat tadi berselang seli dengan susu cair
- gaul sebati dan masukkan adunan gula hangus yang telah sejuk
- gaul sebati dan masukkan adunan kedalam acuan berlubang yang telah disapu mentega dan tepung
- bakar dalam 45 minit 160 celcius

LEPAS NI NAK CUBA KEK GULA HANGUS VERSI KUKUS PUNYA........AND TAK LUPA JUGA NAK CUBA AGAR-AGAR CENDOLLLL.........WISH ME LUCK.......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan