Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 3 Julai 2011

TART CHOCOLATE

Hari ini aku mencuba sesuatu yang baru....tart chocolate.

Mengikut statistik jualan biskut raya di tempat-tempat aku meletakkan biskut, biskut tat coklat ini memang menggalakkan permintaannya...

Lalu aku pun mencuba  untuk memasukkan biskut ini dalam senarai biskut-biskut ku yang lain......

Sepatutnya tahun lepas lagi aku nak cuba, tapi tahun lepas aku dapat rezeki yang lagi hebat berbanding yang lain.... yess...aku dapat rezeki BABY BOY....
mana lagi comel...baby imran ke tat coklat kat bawak tu.....











resepi tart chocolate

untuk pastry
125gm butter
1 biji telur
50gm gula icing
1 sudu kecil vanilla
250gm tepung gandum
(kalau terlembut boleh tambah tepung sedikit atau kalau terkeras boleh tambah butter sedikit je...suaikan kelembutannya)

untuk inti
chocolate masakan (dark chocolate + milk chocolate)
chocolate putih untuk hiasan
biji badam yang telah siap di bakar

- Adun butter, telur dan gula icing perlahan hingga sebati
- Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh
- Ambil sedikit doh dan masukkan kedalam acuan tat
- Tekan doh sekeliling acuan hingga menjadi bentuk acuan itu juga. (nipis sedikit kerana adunan ini akan kembang bila di bakar nanti)
- Cucuk dasar adunan dengan garfu atau cungkil gigi atau ape2 yg buleh dibuat cucuk)
- Bakar dengan 160 celcius selama 20 minit
- Setelah masak, biarkan sejuk
- Setelah sejuk bolehlah menuang chocolate cair kedalam cengkerang tat (tart shell) tadi
- jangan tunggu lelama...terus letak biji badam
- Hiaskan dengan chocolate putih
- dah siap

3 ulasan:

  1. terima kasih awa..dah lama saya cari resepi tart coklat ni..xdapat2 sampai la hari ni Allah gerakkan hati saya tok ziarah blog awa ni..

    BalasPadam
  2. Dah masukkan chocolate biar sejuk sendiri atau masak sikit ??

    BalasPadam